Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pasukan relawan rakyat dan askar Iraq sedang berada dalam fasa terakhir membebaskan wilayah Tikrit dari kepungan pengganas.
Operasi bersepadu yang sudah masuk hari ke-lima ini dikatakan mampu menyebabkan pengganas menggulung tikar dalam masa terdekat, di kawasan terbabit. Pengganas IS (Negara Islam) yang gelisah dengan perkembangan terbaru ini mula menyatakan keluhan di mana salah seorang pemimpin kanannya, Nasir al-Khalifah mula melaungkan slogan "Wahai umat Islam, sahutlah teriakan kami". Selain itu pengganas IS yang terdesak cuba menjadikan penduduk awam sebagai tebusan dan perisai manusia bagi mengelak serangan bertubi-tubi askar Iraq.
Askar kerajaan hari ini dilaporkan melancarkan operasi di jalan-jalan Tikrit manakala kementerian Iraq mengeluarkan kenyataan bahawa peringkat membebaskan Salahuddin dan Tikrit sudah berjaya dan sarang-sarang pengganas telah ditawan.
Dalam masa yang sama, 41 bom yang dipasang oleh pengganas di sekitar kawasan Jalalam, Timur Samarra telah berjaya dimatikan oleh pihak berkuasa.

























...............